Albanian . Azərbaycani . العربية . Bengali . Bosanski . 中文 . Czech . Danske . Deutsch . English . Française . Hausa . Indonesian . Italiano . Kyrgyz . Macedonian . Malay . Nederlandse . Norwegian . Pashto . Persian . Portuguese . Serbiana . Sindhi . Svenska .Swahili . Türkçe . اردو

PERBALAHAN INTELEKTUAL MENENTANG DARWINISME, PENIPUAN DAJAL (ANTI-MESSIAH) YANG TERBESAR, TELAH DIMENANGI

Kenapakah Darwinisme suatu ancaman?


Charles Darwin

Darwinisme adalah agama palsu jahiliah yang menganggap “kebetulan” sebagai penentu segala-galanya.

Darwinisme adalah penipuan saintifik yang terbesar di dunia.

Setiap kenyataan yang dibuat oleh pengikut Darwin berkaitan evolusi  adalah dusta semata-mata.

Teori evolusi sememangnya tiada kaitan dengan sains.

Ideologi Darwinisme ialah agama palsu yang direka untuk memesongkan orang ramai dan masyarakat daripada mempercayai Allah (sesungguhnya Allah maha berkuasa).  Ideologi ini menjadi trend terbesar oleh dajjal (anti-messiah) pada akhir zaman. Oleh kerana masyarakat masih belum peka terhadap isu ini, ia menggalakkan ketiadaan agama, peperangan, penindasan dan penderitaan. Darwinisme  adalah sumber asas kepada semua trend tidak beragama, seperti ateisme, komunisme dan materialisme.  Darwinisme merupakan punca segala peperangan, keganasan, pembunuhan, pembunuhan beramai-ramai dan senario-senario yang mengerikan dan malapetaka yang telah mengakibatkan pelbagai tragedi di dunia.  Darwinisme adalah kaedah yang paling licik dan keji yang dicetuskan oleh dajjal.

Menurut idea karut pengikut Darwin, manusia hanyalah seekor haiwan; maka mereka berpendapat nilai yang patut diberikan kepada manusia tidak harus lebih daripada itu. Idea asas Darwin boleh dikatakan sebagai “manusia ialah haiwan yang sentiasa berlawan.”  Hasilnya adalah idealogi berdasarkan prinsip “survival of the fittest” di kalangan manusia. Mereka yang mendokong ideologi Darwin ini bertanggungjawab  memulakan pergerakan seperti komunisme dan fascisme dan mengakibatkan penderitaan yang dahsyat. Lebih daripada 250 juta orang mati ketika Perang Dunia Kedua yang bermula di bawah pengaruh idea-idea Darwin melalui pergerakan Fasis dan Nazi. Lebih daripada satu billion orang pula kehilangan nyawa akibat penindasan politik yang berpunca daripada komunisme manakala keganasan mengakibatkan sejumlah kematian yang tidak ketahui.  Falsafah-falsafah kejam ini berakar umbi daripada Darwinisme.

Tidak disangkalkan lagi, segala konflik sivil, peperangan dan keganasan yang ada pada hari ini berakar umbi daripada Darwinisme.  Kerana itulah ideologi Darwin dilihat sebagai mewakili kemusnahan dajjal pada akhir zaman ini.  Satu-satunya cara untuk menyebarkan kepercayaan terhadap Allah ke seluruh dunia dan menghentikan kemusnahan dan kesedihan yang berlarutan ini adalah melalui penghapusan fahaman pagan Darwinisme.

Tidak disangkalkan lagi, segala konflik sivil, peperangan dan keganasan yang ada pada hari ini berakar
umbi daripada Darwinisme. 

Agama pagan ini berteraskan satu penipuan yang menyeluruh. Oleh itu amat mudah untuk menghapuskan kepercayaan karut yang dinamakan evolusi ini iaitu secara saintifik. Abad ke-21 adalah masa bagi teori spesis yang palsu dan tidak masuk akal ini didedahkan dari segala sudut. Sesungguhnya, seperti yang diketahui daripada maklumat dalam laman ini, apabila penipuan evolusi didedahkan, agama karut Darwinisme yang telah memperdaya seluruh dunia dan mengakibatkan kesengsaraan ini akan lenyap sama sekali.

Tuhan Palsu Evolusionis adalah Kebetulan


Akibat kebangkitan Oktar dalam membuat pendedahan global mengenai kepalsuan dan idea karut tentang kebetulan, pengikut Darwin kini enggan menggunakan perkataan “kebetulan” secara terang-terangan.

Menurut pengikut Darwin, semua kehidupan yang indah di Bumi ini wujud “SECARA KEBETULAN”. Untuk mengelak daripada mengatakan bahawa “Allah yang mencipta segala-galanya (sesungguhnya Allah maha berkuasa), pengikut Darwin menganggap kebetulan adalah tuhan di mata mereka dan menyatakan bahawa sistem hidupan yang kompleks dan indah ini terhasil tanpa disengajakan. Darwinisme berjaya memperdayakan orang ramai mempercayai logik yang melulu dan lucu ini. Cara para profesor bersyarah di universiti, saintis dan guru-guru yang telah belajar dan membuat kajian berbicara tentang peristiwa rawak tanpa sebarang kesedaran, seolah-olah merekalah yang terbijak yang mampu berfikir dan membuat keputusan, seolah-olah merekalah yang mencipta suatu sistem yang menakjubkan dan penuh dengan keajaiban (sesungguhnya Allah maha berkuasa).

Kebetulan adalah tuhan palsu Darwinisme, yang kononnya mencipta segala-galanya dengan penuh keajaiban.  Menurut pandangan cetek pengikut Darwin, masa dan kebetulan dalam sesetengah cara yang menakjubkan, dapat mewujudkan segala-galanyanya. Kepercayaan yang tidak rasional ini mempertahankan bahawa kebetulan dapat mencapai apa yang manusia tidak berupaya lakukan dan dalam beberapa perkara mempunyai pengetahuan, keupayaan dan cara yang lebih baik daripada para saintis dan makmal-makmal mereka. Sememangnya adalah mustahil bagi seseorang yang berpengetahuan dan bijak menilai untuk mempercayai kenyataan sebegitu.  Sesungguhnya, hasil penulisan Adnan Oktar yang mendedahkan ketidaksahihan teori evolusi sejak 30 tahun lalu telah memainkan peranan penting dalam menyedarkan orang ramai bahawa teori evolusi ini adalah palsu dan omongan kosong semata-mata.

Akibat kebangkitan Oktar dalam membuat pendedahan global mengenai kepalsuan dan idea karut tentang kebetulan, pengikut Darwin kini enggan menggunakan perkataan “kebetulan” secara terang-terangan. Mereka rasa mereka dapat menghalang diri mereka daripada dipandang bodoh dengan menggunakan perkataan-perkataan lain yang juga tidak logik tetapi membawa erti yang sama. Namun samada mereka berbicara tentang kebetulan atau peristiwa rawak, mereka masih berbicara tentang senario di mana peristiwa-peristiwa tidak disengaja menghasilkan sebuah dunia yang indah, seimbang dan bersimetri.  Namun begitu, kenyataan ini membuatkan pengikut Darwin kelihatan menyedihkan.

Pengikut Darwin yang ingin menerangkan asal-usul kehidupan dari sudut evolusi  menggunakan senario yang langsung tidak logik SEBENARNYA TIDAK BERUPAYA MENERANGKAN BAGAIMANA SATU PROTEIN BOLEH WUJUD SECARA TIBA-TIBA. Itulah hakikat pertama dan yang paling penting yang perlu diketahui mengenai penipuan  pengikut Darwin.  Oleh kerana tidak dapat menerangkan tentang  pembentukan sesuatu protein, pengikut Darwin terang-terangan melakukan penipuan. Setiap cerita mereka tentang kewujudan hidupan adalah rekaan.  Pendedahan tentang jutaan fosil hidup yang masih tidak berubah selama berjuta-juta tahun telah menamatkan Darwinisme.

 

Dua Bukti Asas Cukup untuk Menjatuhkan Teori Evolusi

1-Satu protein telah menghancurkan evolusi

Pengikut Darwin boleh menulis sebanyak manapun buku-buku yang penuh dengan kepalsuan yang mengandungi formula, menghasilkan fosil-fosil palsu mengikut kehendak mereka, membuat serangan demagog ke atas bukti saintifik tentang Penciptaan dengan memberi ilustrasi fantasi dan mempamerkannya ke merata tempat, tetapi tiada pun yang merubah hakikat kekalahan fundamental mereka. Ini kerana para pengikut Darwin TIDAK MAMPU UNTUK MENERANGKAN BAGAIMANA SATU PROTEIN BOLEH WUJUD. Kemungkinan bagi satu protein, iaitu bahan asas dalam setiap benda hidup, untuk wujud dengan sendirinya ialah KOSONG. Ini kerana ADALAH PENTING bagi SEHINGGA 100 PROTEIN untuk sedia wujud, dalam turutan tertentu, dalam rantau itu, bagi satu protein untuk wujud. Tidak perlu mengkaji dengan lebih terperinci tentang struktur kompleks yang indah ini. Hakikat bahawa sesuatu protein tidak dapat wujud tanpa kehadiran protein-protein lain sudah CUKUP UNTUK MEMUSNAHKAN DARWINISME. Tapi kekalahan yang dialami para evolusionis pada satu protein adalah lebih jauh daripada ini.

Tambahan lagi :

  • DNA penting bagi satu protein untuk terbentuk
  • DNA tidak boleh terbentuk tanpa protein
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa DNA
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa kewujudan protein
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa mana-mana protein yang diperlukan dalam penghasilan protein
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa ribosome
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa RNA
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa ATP
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa mitochondria untuk membina ATP
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa sel nucleus
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa sitoplasma
  • Protein tidak boleh terbentuk tanpa kehadiran walaupun satu organel dalam sel
  • Dan protein adalah perlu untuk membolehkan organel dalam sel wujud dan berfungsi
  • Tanpa organel protein tidak akan terbentuk

Kesimpulannya,

SELURUH SEL PENTING BAGI PROTEIN UNTUK TERBENTUK. ADALAH MUSTAHIL BAGI SATU PROTEIN UNTUK TERBENTUK TANPA KESELURUHAN SEL, dengan strukturnya yang kompleks dan sempurna seperti yang kita lihat kini, namun apa yang kita fahami cumalah sebahagian kecil.

Para evolusionis perlu tampil dengan senario baru untuk menghadapi fakta ini. Antaranya ialah Richard Dawkin dan beberapa pengikut Darwin yang menyatakan "molekul mereplikasi secara spontan". Kenyataan ini benar-benar lucu dan ternyata sekali bertujuan untuk memperdaya. TIADA MOLEKUL DALAM SEL MANUSIA YANG BOLEH MEREPLIKA DENGAN SENDIRINYA TANPA BANTUAN MOLEKUL LAIN. Seperti yang telah kita lihat, dari awal lagi teori evolusi telah mengalami kekalahan yang dahsyat.

Cara bagaimana pengikut Darwin yang tidak mampu berbuat apa-apa dalam menghadapi satu protein cuba untuk memperdaya orang ramai tentang kepelbagaian hidupan di Bumi merupakan tanda yang jelas skala penipuan evolusi ini.

 

2-Evolusi Telah Hancur dalam Menghadapi 350 juta Fosil

Pengikut Darwin juga melakukan penipuan tentang fosil. Mereka berterusan mengaburi mata orang ramai dengan bentuk peralihan palsu yang mereka cipta, dengan ilustrasi palsu dan model tiruan dan rekonstruksi. Mereka menggunakan ini untuk menyebarkan teknik rekaan mereka. Namun hakikatnya, sehingga kini tiada seorang pun evolusionis yang mampu memegang fosil dan berkata, "kami mendapat satu bukti untuk evolusi". Kerana itu adalah mustahil. TIADA SATU PUN PERALIHAN BENTUK YANG WUJUD.

Fakta ini mengejutkan masyarakat yang telah sekian lama didedahkan dengan indoktrinasi pengikut Darwin kerana mereka sering memperkatakan tentang peralihan bentuk yang memperkukuhkan teori evolusi.  Namun hakikatnya tiada satu pun bentuk perantaraan yang ditemui.  Ini adalah satu lagi penipuan besar yang dicipta oleh pengikut Darwin. Lebih daripada 350 juta fosil telah ditemui sehingga kini.  NAMUN TIADA SATU PUN FOSIL PERALIHAN. Setiap satu fosil yang pengikut Darwin umumkan sebagai bentuk peralihan terbukti palsu.  Lebih daripada 350 juta fosil yang dijumpai adalah contoh hidupan yang wujud jutaan tahun dahulu, dan masih lagi hidup sehingga kini. Dalam kata lain, mereka adalah fosil yang hidup. Apa yang mereka tunjukkan sebenarnya adalah benda hidup tidak berubah sejak berjuta-juta tahun dahulu.  Fosil-fosil lain adalah milik hidupan lain yang pernah wujud, tetapi kini telah pupus.  Fosil membuktikan bahawa hidupan-hidupan ini mempunyai pelbagai kompleksiti yang menakjubkan sejak berates-ratus juta tahun dahulu. Ini merupakan bukti keruntuhan evolusi yang menyeluruh dan saitifik.

Cara fosil menyangkal evolusi merupakan tamparan kedua kepada Darwinisme. Setiap cabang sains mengesahkan keruntuhan evolusi.  Setiap penemuan saintifik menyangkal evolusi dengan bukti-bukti yang lebih jelas dalam setiap keadaan. Tapi memandangkan dua bukti yang ditonjolkan di sini iaitu keruntuhan evolusi dalam menghadapi protein dan fosil sudah cukup untuk mencemarkan kredibiliti teori evolusi, tiada keperluan tertentu untuk mempertimbangkan bukti lain yang menyangkal evolusi. Tamparan hebat ini sudah cukup untuk mengalahkan pengikut Darwin.  Sekali lagi, pelbagai isu asas akan disebutkan dalam muka surat berikutnya, terutamanya sebagai tindak balas terhadap dakwaan evolusionis.

  FOSIL HIDUP MENYANGKAL EVOLUSI  
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   


Spekulasi Berkenaan Evolusi Manusia adalah Komponen Terbesar dalam Penipuan Darwin

"Darwinist dictatorship" yang mendominasi dunia seperti yang diterangkan secara terperinci di bawah iaitu melalui monopoli oleh media berpengaruh Darwin, telah mendokong penipuan "manusia-beruk" selama bertahun-tahun. Hampir setiap fosil monyet yang ditemui digunakan untuk menyokong penipuan ini. Walau bagaimanapun, dalam setiap keadaan di mana fosil yang digunakan sebagai bukti evolusi menunjukkan ia sebenarnya milik monyet biasa, dalam diam-diam telah ditarik balik. Ini adalah penipuan biasa pengikut Darwin. Tambahan pula, untuk menekankan persamaan di antara manusia dan beruk, pengikut Darwin menunjukkan ciri-ciri seekor beruk dari segi tingkah laku dan kebolehan seperti menggunakan alatan atau kebolehan untuk belajar. Tujuan mereka adalah untuk meyakinkan orang ramai yang tidak mengetahui tentang penipuan Darwin bahawa idea yang menyatakan manusia ialah keturunan beruk adalah benar dan sah.

Memang benar beruk dan monyet memiliki beberapa ciri yang menyerupai manusia. Namun ini tidak mengubah hakikat yang manusia, beruk dan monyet adalah makhluk hidup yang berbeza sama sekali. Dengan izin Allah, beruk dan monyet tidak akan berubah menjadi hidupan lain selagi mereka wujud di dunia ini. Tidak kira sebanyak mana mereka dilatih mereka tidak akan bertukar menjadi manusia yang mempunyai ciri-ciri seperti kebolehan berfikir, menilai, mentafsir, berfikiran jauh, berkelakuan bijak, membuat pertimbangan, bertindak mengikut cara yang terancang dan sedar, atau bercakap. Tidak kira sebanyak mana mereka mengulangi usaha mereka, beruk dan monyet tidak akan mampu mereka kapal terbang, membina bangunan pencakar langit, menulis puisi atau mengkaji manusia dalam makmal. Tidak kira sebanyak mana latihan yang mereka terima, mereka tidak akan mampu mereka satu projek atau menghasilkan peradaban yang lebih tinggi melalui refleksi dan perancangan. Ini kerana primat adalah makhluk yang dianugerahkan oleh Allah ciri-ciri anatomi yang menjadikannya sangat istimewa, namun tidak mempunyai kesedaran minda dan jiwa seperti yang dimiliki manusia. Hakikat bahawa ia mempunyai beberapa kebolehan bukanlah bukti ia adalah nenek moyang manusia.

Jiwa yang Allah berikan adalah rahmat yang menjadikan manusia itu manusia.

Dalam membuat kenyataan-kenyataan mereka, pengikut Darwin cuba melupakan perbezaan utama di antara manusia dan monyet. MANUSIA ADALAH MAKHLUK HIDUP YANG MAMPU BERKATA “SAYA ADALAH”, YANG MENYEDARI KEWUJUDAN DIRI DAN MENGAPA DIA DICIPTA, YANG BOLEH MENGIMBAS SEBAB KEWUJUDANNYA DAN MEMBUAT PENILAIAN.  MANUSIA MEMILIKI JIWA. Atas sebab itu, manusia berbeza sama sekali daripada makhluk lain.  Berbanding dengan kewujudan jiwa, perbezaan anatomi dan kemahiran tidak membezakan sifat. WALAUPUN SEKIRANYA SATU MAKHLUK ITU TIDAK MENYERUPAI MANUSIA DARI SEGI PENAMPILAN FIZIKAL TETAPI MEMPUNYAI JIWA, IA ADALAH MANUSIA.  Inilah ciri-ciri tunggal yang menjadikan manusia.

TIADA PENJELASAN MATERIALIS BAGI SATU MAKHLUK YANG SEDAR TENTANG DIRINYA, YANG BOLEH BERKATA “SAYA ADALAH”. Tiada penemuan material yang boleh menjelaskan peralihan yang sepatutnya berlaku daripada suatu hidupan yang tidak sedar tentang kewujudannya sendiri kepada seseorang yang memiliki jiwa dan menyedari kewujudannya. Inilah perkara yang tidak mahu dibincangkan oleh pengikut Darwin, dan itu merupakan satu kekecewaan bagi mereka, lantas apabila mereka bercakap tentang evolusi manusia, mereka cuba mendedahkan rangka-rangka palsu sebagai bukti. (http://darwinistsdilemma.com)

Oleh itu, semua kenyataan berkenaan evolusi manusia yang penuh dengan propaganda dalam terbitan-terbitan pengikut Darwin adalah palsu. Pertama, pengikut Darwin perlu mengambil kira apa yang menjadikan manusia itu seorang manusia; bagaimana mereka diperanguhi oleh apa yang mereka lihat dan dengar, bagaimana mereka berfikir tentang sesuatu, menggunakan pertimbangan, memiliki perasaan seperti hormat, sayang dan kesetiaan, dan memiliki jiwa yang membolehkan mereka membuat keputusan dan penilaian. Namun mereka tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan tentang perkara ini dan mustahil untuk mereka melakukannya. Sememangnya, asal usul kesedaran iaitu jiwa yang mejadikan manusia itu manusia, adalah milik Allah. Allah telah mengurniakan ini sebagai rahmat dari diriNya dan inilah yang menjadikan manusia berbeza daripada hidupan lain. Pengikut Darwin ternyata kelu dan bingung tentang hal ini.

Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan manusia daripada rohNya:

(Allah) yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur. (Surah as-Sajda, 7-9)

 

Mutasi Rawak Musnahkan Hidup dan Tidak Dapat Menghasilkan Organ Saling Serasi

Pengikut Darwin menegaskan bahawa benda hidup berevolusi akibat mutasi yang berlaku secara kebetulan. Mutasi yang berlaku dalam keadaan buta dan tanpa sedar inilah yang menghasilkan kepelbagaian hidupan yang kita lihat di bumi hari ini.

Pendapat ini adalah satu pemikiran logik yang tidak konsisten.

Mutasi ialah pemecahan, kecacatan dan anjakan akibat radiasi atau tindak balas kimia dalam DNA nukleas sel hidup yang mengandungi kesemua maklumat genetiknya.

SEMBILAN PULUH SEMBILAN PERATUS DARIPADA KESEMUA MUTASI MEROSAKKAN ORGANISMA manakala satu peratus lagi tidak mempunyai kesan. TIDAK ADA SATU PUN MUTASI YANG DIKETAHUI MENDATANGKAN KEBAIKAN kepada organisma. Sementelah,

  • Menurut pengikut Darwin, mutasi perlu menghasilkan perubahan yang seimbang dan saling serasi dalam tubuh.
  • Contohnya, jika sebelah telinga tumbuh pada bahagian kanan melalui mutasi seperti mana yang mereka katakan, maka mutasi rawak harus juka menghasilkan sebelah lagi telinga di bahagian kiri yang berfungsi dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan telinga sebelah kanan. Maka tulang maleus, inkus dan stapes mestilah terbentuk dengan sempurna pada kedua-dua telinga.
  • Mutasi rawak juga perlu menghasilkan corong koronari pada kedua-dua telinga. Menurut pengikut Darwin, mutasi harus menghasilkan kesemua corong dalam keadaan yang sempurna dan pada tempat yang tepat, pada masa yang sama dan berfungsi dengan harmoni.
  • Jika tidak, akan berlakulah ketidak-seimbangan, dan akibatnya terhasillah makhluk dengan sebelah telinga terbalik, sebatang gigi yang berbeza, atau satu mata di atas hidung dan satu lagi di dahi. Tetapi memandangkan ketidak-seimbangan seperti itu tidak wujud, pengikut Darwin menyatakan bahawi mutasi mesti menghasilkan segala-galanya dalam keadaan simetri sempurna dan saling serasi.
  • Tetapi hakikatnya, 99% kes mutasi menghasilkan kerosakan manakala 1% lagi tidak mendatangkan kesan, maka mustahil ia boleh menghasilkan organ yang rasional, berfungsi secara harmoni dan simetri tepat pada masa yang sama.
  • Kesan mutasi pada struktur biasa boleh diandaikan seperti tembakan mesingan. Tembakan secara rawak pada satu objek yang sihat akan menghancurkannya. Jikalau pun sebiji peluru tidak mendatangkan kesan, atau berjaya menghapuskan jangkitan yang sedia ada di dalam badan dan menyembuhkannya, ia tidak mengubah apa-apa kerana organisma tersebut telah pun dimusnahkan oleh 99 butir peluru lain yang menembusinya.


Sains Anti Darwinisme, Anti Ateis

Teori Evolusi adalah pembohongan sains. Selama bertahun-tahun pengikut Darwin menggunakan hujah sains untuk memesongkan fikiran manusia. Sebaliknya, SAINS ADALAH MUSUH DARWINISME. SAINS MENENTANG ATEIS. SAINS ANTI KOMUNISME, ANTI MARXISME. SAINS MENGHANCURKAN FAHAMAN MARXISME, ATEIS DAN DARWINISME. Sains jugalah yang meruntuhkan fahaman Darwinisme. Sainslah yang memberi pukulan hebat kepada propaganda Darwinisme ini. Sains telah membongkar pembohongan teori evolusi yang telah memesongkan manusia selama bertahun-tahun. Sains telah menghancurkan asas falsafah ateis. Sains menjatuhkan dan melumpuhkan Darwinisme di mana-mana sahaja apabila ia menjadi isu semasa dan apabila ia muncul. Oleh itu, SAINS mewakili SALAH SATU DARIPADA HALANGAN BESAR KEPADA DARWINISME.

Sainslah yang membuktikan bahawa protein tidak boleh terhasil secara kebetulan.

Sainslah yang mendedahkan dunia sel yang menakjubkan, dan menunjukkan bahawa ia tidak mungkin wujud secara kebetulan.

Sainslah yang menunjukkan bukti bahawa fosil yang berusia lebih 350 juta tahun yang ditemui tidak pernah berevolusi.

Sainslah yang mendedahkan betapa kompleksnya hidupan di dunia ini dan menunjukkan bahawa ia tidak mungkin berlaku melalui evolusi.

Sainslah yang menunjukkan bahawa mustahil bagi satu hidupan untuk berubah menjadi hidupan yang lain.

Sainslah yang mempamerkan fosil-fosil zaman Cambrian. Oleh itu, sains jugalah yang mengemukakan kesemua bukti untuk menghancurkan teori evolusi, dan masih terus melakukannya. Kesemua dakwaan Darwinisme telah musnah di bawah hujah-hujah sains.

Sains memberi kesimpulan terbaik yang sama sekali berlawanan dengan Darwinisme yang cuba menutup pembohongan mereka dengan mengatakan “evolusi adalah sains.” Sains bukan sahaja menyokong fahaman agama; ia juga mengemukakan bukti kewujudan Allah Yang Maha Besar. Sains adalah ilmu bagi mereka yang percaya kepada Allah. Sains sangat berguna kepada mereka yang benar-benar beriman. Hakikat ini merupakan mimpi terburuk bagi Darwinisme di abad ke-21 ini.

Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, Maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan Ini untuk perumpamaan?" dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik," (Surah Al-Baqarah ayat 26)

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Surah Al-Hajj ayat 73)

Bagaimanakah Darwinisme Dapat Mendominasi Dunia?

Ideologi Darwin adalah pembohongan berasaskan penipuan yang begitu primitif iaitu menyatakan bahawa kesemua hidupan wujud secara kebetulan. Walaupun pembohongan ini jelas sekali tidak rasional, ia dapat mendominasi semua negara di dunia, kerajaan mereka, sekolah-sekolah, universiti, kelompok para saintis, tempat-tempat kerja, akhbar, majalah, serta stesen radio dan televisyen. Melalui tindakan secara diktator atau Darwinist dictatorship iaitu satu struktur yang licik dan jahat, penipuan Darwinisme dapat mendominasi dunia. Strategi licik yang telah berjalan lebih 150 tahun ini kini sedang meniti kemusnahannya, walaupun pengaruhnya masih ada.


Micheal Reiss, Pengarah Pelajaran British Royal Academy telah dipecat kerana beliau menyarankan supaya Penciptaan turut dimuatkan dalam kurikulum sekolah-sekolah.

Dr. Gavriel Avital, Menteri Pendidikan dan Ketua Jabatan Sains telah dilucutkan jawatan akibat kenyataan-kenyataan bertulis dan lisannya yang mempersoalkan evolusi.

Dominasi Darwinist dictatorship ini berlandaskan paksaan, kuku besi, ancaman dan tekanan. ADALAH MUSTAHIL BAGI SEORANG PROFESOR YANG MENENTANG TEORI EVOLUSI UNTUK MENGAJAR di hampir kesemua universiti di dunia. TIADA SEORANG PUN PERDANA MENTERI DI MANA-MANA NEGARA YANG BOLEH MENGUMUMKAN BAHAWA BELIAU MENENTANG DARWINISME. TIADA SEORANG GURU PUN YANG BOLEH MEMBERITAHU PELAJAR-PELAJARNYA BAHAWA EVOLUSI IALAH SATU PENIPUAN, DAN PARA PELAJAR TIDAK BOLEH MEMBERITAHU GURU-GURU MEREKA BAHAWA MEREKA TIDAK PERCAYA PADA TEORI EVOLUSI.

Mana-mana professor atau guru yang melakukan perkara ini akan terus dipecat daripada jawatannya. Pelajar akan gagal mata pelajaran tersebut. ADALAH MUSTAHIL BAGI SEORANG MENTERI YANG ANTI EVOLUSI UNTUK KEKAL DALAM KERAJAAN. Pastinya, hampir kesemua usaha supaya aspek Penciptaan diajar seiring dengan evolusi di sekolah-sekolah GAGAL DIJALANKAN.

Organisasi percetakan yang terkenal TERPAKSA MELAPORKAN tentang fosil-fosil palsu seolah-olah itu adalah bukti evolusi. Mereka terpaksa memainkan peranan dalam pembohongan ini jika tidak mahu kerjaya mereka berakhir. Adalah mustahil bagi seorang saintis atau professor yang dipecat akibat menyokong Penciptaan atau hanya merujuk kepada penulisan mengenai Penciptaan, untuk mendapat pekerjaan lain. Kemungkinan besar juga beliau akan kehilangan kawan dan seterusnya tidak diterima lagi dalam mana-mana kelompok para saintis.

PROFESOR-PROFESOR LAIN YANG DIPECAT KERANA MEREKA MENYOKONG FAKTA PENCIPTAAN
   
 

Kaedah yang digunakan adalah paksaan, ancaman dan tekanan. Kerana ancaman dan polisi kuku besi yang digunakan oleh pengikut Darwin, tiada siapa yang dapan menyuarakan tentangan mereka terhadap Darwinisme secara terbuka, malah mereka terpaksa berpura-pura hingga kini. Apa sahaja cara akan digunakan untuk menghalang penentangan Darwinisme. Inilah sahaja cara bagi para penyokong Darwinisme untuk terus menyebarkan pembohongan mereka. Penipuan disebarkan dengan lantang, dan adalah satu kesalahan bagi seseorang mengatakan bahawa ini satu penipuan. Satu teori yang kononnya saitifik semasa dihebahkan, kini telah menjadi satu sistem kepercayaan dogmatik karut yang tidak ada kaitan langsung dengan sains, satu sistem di mana penolakannya dihalang secara rasmi dan terbuka. Satu perkara yang menarik di sini ialah bagaimana ia dilakukan dengan terang-terangan tanpa pertikaian langsung.

Teori evolusi yang telah mengakibatkan banyak kemusnahan di dunia ini juga berusaha untuk menghalang kemjuan sains

BERJUTA-JUTA DOLLAR DISALURKAN KEPADA KAJIAN YANG MENYOKONG EVOLUSI. Mempelajari evolusi bermakna membelanjakan banyak wang untuk menghasilkan penipuan baru dan menyebarkannya melalui media. Wang yang boleh digunakan untuk kemajuan sains dan kajian dalam bidang perubatan contohnya dalam rawatan kanser, Alzheimer atau juga boleh digunakan untuk menyelamatkan berjuta-juta manusia di Afrika daripada kebuluran, sebaliknya diambil dan digunakan untuk penipuan.

Evolusi, penipuan yang terbesar sejak 150 tahun dahulu, telah tersebar ke seluruh dunia dan mempengaruhi fikiran manusia dengan cara dan teknik Darwinist dictatorship. Seperti yang kita telah lihat, pengikut Darwin mendapat sokongan global, bukan kerana ia bersifat saintifik tetapi kerana manusia dipaksa untuk mempercayainya, dan kepercayaan ini dilindungi dengan berhati-hati oleh para pengikut Darwin. Orang ramai tidak patut tertipu dengan hakikat bahawa sebilangan besar di antara kita kelihatan seperti menyokong teori ini kerana ada di antara mereka ini yang tidak sedar bahawa Darwinisme ialah satu penipuan terbesar, manakala sesetengah lagi menyokong hanya kerana mereka takut kehilangan kerja atau mengundang kritikan daripada orang lain. Pendominasian Darwinisme dan asas penipuan teori karut yang didalangi DARWINIST DICTATORSHIP DAN SYAITAN, kini sedang dilumpuhkan satu persatu. Dengan izin Allah, masanya hampir tiba di mana teori evolusi ini akan dihapuskan terus.


The Atlas of Creation dan Pengikut Darwin yang Hilang Kepercayaan pada Ideologi Mereka

Apabila seseorang yang berada di sebuah bilik tertutup diberitahu bahawa "di luar sana gelap", lima puluh peratus kemungkinan dia akan percaya. Tetapi apabila dia melihat kelibat cahaya matahari di luar melalui rekahan dinding, dia tentu tidak akan percaya bahawa keadaan di luar adalah gelap.



Anne Brasseur, ahli politik Luxembourg, menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Eropah yang beribu pejabat di Strasbourg, mengambil Atlas of Creation untuk ditunjukkan kepada para wartawan dan berkata:

"Harun Yahya seorang Muslim dari Turki yang menyokong Penciptaan. Ini volum yang pertama. Ada dua volum lagi. Ia telah dihantar ke serata Eropah. Dalam dua bahasa, Inggeris dan Perancis. Ia mengatakan bahawa teori evolusi adalah satu penipuan, bahawa Darwinisme adalah penyebab keganasan, dan bertanggung jawab atas kewujudan para diktator abad ke-20 dan seumpamanya…"

Para pengikut Darwin berada dalam situasi yang sama. Selama 150 tahun, pengikut Darwin telah mereka-reka pelbagai penipuan tanpa rasa malu. Mereka sedikit pun tidak malu kerana mereka telah meyakinkan diri mereka bahawa mereka boleh menipu orang lain dengan laporan-laporan palsu ini. Penipuan ini diulang dengan indoktrinasi sengit, kesan visual dan hipnosis, lalu mendapat sokongan yang hebat. Tetapi ketika segala-galanya berjalan seperti yang mereka rancangkan, ketika manusia sedang jatuh ke alam hayalan ciptaan mereka, ketika penolakan evolusi menjadi satu jenayah, manusia tiba-tiba terlihat kelibat cahaya matahari. Matahari itu ialah Atlas of Creation.

Secara tiba-tiba Atlas of Creation tersebar di seluruh dunia, maka mustahil bagi pengikut Darwin untuk meyakinkan manusia akan kewujudan evolusi. Tiada seorang pun pengikut Darwin yang dapat menyangkal ribuan fosil hidup yang didedahkan dalam Atlas of Creation. Tambahan pula, mana-mana satu fosil dalam buku ini cukup untuk mematahkan hujah evolusi. Oleh sebab itu, media di Perancis iaitu salah satu kubu terkuat Darwinisme, berasa sangat takut dengan kemunculan Atlas of Creation, lantas membuat kenyataan seperti; “Bencana terburuk dalam sejarah Perancis,” “Bencana telah jatuh dari langit” dan “Tamadun kita selama beratus-ratus tahun telah musnah.”

Pengikut Darwin dalam Parlimen Eropah menyifatkan buku ini sebagai halangan terbesar dalam pengajaran evolusi dan membincangkan perkara ini dalam keadaan panik. Beratus-ratus organisasi media yang menyokong Darwinisme pula terpaksa mengakui kesan global Atlas sangat menakjubkan.


Atlas of Creation instrumental dalam menguatkan akidah umat

Melalui Atlas of Creation, Adnan Oktar menyebarkan fakta bahawa tiada satu pun protein yang boleh wujud secara kebetulan dan bahawa berjuta-juta hidupan tidak pernah berubah. Ini merupakan aktiviti yang paling berpengaruh dalam menyangkal teori evolusi hari ini. Atas kejayaan beliau ini, umat Islam, Kristian dan Yahudi dapat meneruskan aktiviti mereka dengan bebas dan yakin. Sebilangan penganut yang sebelum ini kalah dan tertekan oleh pengikut Darwin, dan tidak dapat menjalankan aktiviti mereka, kini bangkit dengan kekuatan baru dengan kemunculan hasil kerja yang penting ini. Selepas Adnan Oktar mula menjalankan aktiviti yang bertujuan untuk menghapuskan teori evolusi, KINI TIDAK LAGI MUSTAHIL UNTUK MENGADAKAN PERSIDANGAN MEMBONGKAR PENIPUAN ASAS TEORI EVOLUSI DAN MENGAJAK MANUSIA PERCAYA DENGAN KEESAAN ALLAH. PERSIDANGAN SEPERTI INI TELAH PUN DIADAKAN DI BEBERAPA PENGKALAN TENTERA DI AMERIKA. DI LONDON PULA, PERKATAAN “GOD EXISTS” DITULIS PADA BADAN BAS-BAS YANG MENYUSURI KOTA INI.

Dalam kebangkitan aktiviti-aktiviti yang penting ini, KONFEREN MENGENAI PENCIPTAAN yang dihadiri beribu-ribu orang telah diadakan di Kanada, Amerika, Switzerland, Belgium, Jerman, Australia, New Zealand, Perancis, Denmark, Sweden, Indonesia, Malaysia, Singapura, Dubai dan banyak lagi negara, manakala stesen televisyen dan akhbar-akhbar di seluruh dunia membuat liputan mengenai pencapaian besar ini. Sejurus selepas kejayaan besar ini, sebilangan pengikut Darwin hilang kepercayaan pada agama karut mereka. Mereka tidak lagi mempunyai kekuatan untuk mempertahankan pembohongan yang telah mereka sebarkan selama bertahun-tahun, atau untuk membuat pembohongan baru. Satu persatu, JURNAL-JURNAL TERBITAN PENGIKUT DARWIN GULUNG TIKAR, BUKAN KERANA MASALAH KEWANGAN, TETAPI KERANA MEREKA TELAH HILANG KEPERCAYAAN. Penerbitan-penerbitan pengikut Darwin yang terkenal di dunia yang sebelum ini acapkali menyiarkan kenyataan-kenyataan mengenai penipuan-penipuan baru hampir setiap minggu KINI TIDAK BERUPAYA MENYIARKAN SATU PUN KENYATAAN. Propaganda pengikut Darwin yang merupakan sumber kekuatan Darwinisme telah berakhir dengan senyap. Pengikut Darwin yang sering mencuri peluang untuk memperkatakan tentang teori evolusi menggunakan pelbagai teknik propaganda kini tiba-tiba diam dan tidak rela dimalukan lagi.

 

Poster pada bas-bas di London mempromosikan Atlas of Creation. >>>

KONFEREN "THE FACT OF CREATION" YANG BERLANDASKAN HASIL KERJA ADNAN OKTAR MENINGGALKAN KESAN DI KOTA-KOTA BESAR DUNIA
Lausanne, Switzerland >>> Luenen, Jerman >>>
Luenen, Jerman >>> Paris, Perancis >>>
Pingat yang dianugerahkan kepada Adnan Oktar selepas konferen yang diadakan di Pangkalan Udara San Antonia, Amerika Syarikat.

Pintu kebebasan daripada cengkaman Darwinisme sentiasa terbuka

Dalam dunia Akhir Zaman ini, kesemua agama palsu dan karut sedang meniti kejatuhan, manakala Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bangkit. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Ini hukum Allah. Pada zaman ini, Allah mendatangkan kejatuhan ini melalui hasil kerja Adnan Oktar. Kesemua mereka yang membuta-tuli percaya pada Darwinisme akan sedar bagaimana mereka telah ditipu, manakala pengikut Darwin akan kesal dengan apa yang terjadi pada diri mereka. Tetapi masih belum terlambat bagi mereka. Menghadapi kebenaran dengan mengakui kekalahan dan kesilapan adalah satu nilai murni. Oleh itu, para pengikut Darwin yang telah sedar apakah Darwinisme itu sebenarnya, tentu sekali mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan besar yang telah mereka lakukan selama ini, selama mereka hidup di dunia ini.